Adakah anda tahu bagaimana pelabur profesional dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding pasaran? Mereka tidak hanya bergantung kepada analisa pasaran secara keseluruhan, tetapi mereka mencari Alpha. Apa sebenarnya Alpha ini dan mengapa ia begitu penting dalam pelaburan?
Alpha adalah kunci untuk membuka potensi sebenar portfolio anda. Tetapi, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk meraih pulangan yang lebih baik?
Sertai kami dalam webinar "Memahami Alpha dalam Pembinaan Portfolio" di mana kami menjemput Encik Hazmi untuk berkongsi cara memahami dan menggunakan Alpha dalam pengurusan portfolio bagi meningkatkan pulangan pelaburan anda.
Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:
✅ Definisi Alpha dalam konteks pengurusan portfolio
✅ Kepentingan Alpha sebagai ukuran kejayaan pelaburan aktif
✅ Memahami pulangan yang diselaraskan risiko dan cara Alpha dikira
✅ Perbezaan antara Alpha dan Beta dalam pengurusan portfolio
✅ Penggunaan Alpha dalam pelbagai jenis pelaburan
✅ Kaedah menjana Alpha: Pemilihan sekuriti, penetapan masa pasaran, dan pengurusan risiko
✅ Peranan analisis asas dan teknikal dalam penjanaan Alpha
✅ Melaksanakan Alpha dalam pengurusan portfolio
✅ Risiko dan had dalam mengejar Alpha
✅ Kajian kes: Analisis Alpha dalam prestasi dana profesional
✅ Menguasai ETS sebagai alat bantuan dalam trading
📅 8 May 2025 (Thu)
⏰ 10:00am - 11:30am
📌 Register: Scan the QR code to register
Webinar ini terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah kandungan topik selama 60 minit. Seterusnya diikuti sesi soal jawab selama 30 minit.
Webinar ini boleh menampung sehingga 500 peserta dalam talian. Ingat untuk mendaftar dan log masuk ke dalam webinar awal untuk memastikan anda mendapat tempat!
Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh LifeChamp.
