Apa yang akan terjadi kepada harta anda selepas anda tiada? Ramai yang menangguhkan perancangan tanpa menyedari betapa pentingnya ia untuk memastikan waris tidak berdepan kesulitan di kemudian hari.
Tanpa perancangan yang jelas, harta yang dikumpul sepanjang hayat boleh menjadi punca konflik dan beban kepada keluarga. Pengurusan harta yang sistematik termasuk wasiat, hibah, dan amanah bukan sahaja memudahkan pembahagian tetapi juga mengelakkan pertikaian yang berpanjangan.
Sertai kami dalam webinar "Urus Harta Sampai ke Liang Lahad" di mana kami menjemput Suzardi Maulan (a.k.a. PakDi) untuk berkongsi panduan praktikal untuk merancang harta dengan bijak, supaya legasi anda terus memberi manfaat.
Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:
โ
Membincangkan tentang simpanan kecemasan dan fungsi aset cair
โ
Serampang dua mata dengan takaful: Kenapa seseorang itu wajar mengambil perlindungan?
โ
Kepentingan membina tabung persaraan, pendidikan dan haji
โ
Meninggalkan legasi untuk waris dan bukan waris: Pengenalan kepada faraid, wasiat, hibah, dan wakaf
๐
22 Apr 2025 (Tue)
โฐ 8:30pm - 10:00pm
๐ Register: Scan the QR code to register
Webinar ini terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah kandungan topik selama 60 minit. Seterusnya diikuti sesi soal jawab selama 30 minit.
Webinar ini boleh menampung sehingga 500 peserta dalam talian. Ingat untuk mendaftar dan log masuk ke dalam webinar awal untuk memastikan anda mendapat tempat!
Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh LifeChamp.
